Misi, Visi dan Objektif KEMAS


* Misi 

*  Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima.

*  Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah pembangunan yang seimbang.


* Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat bijak sumber ke tahap yang optima.


* Visi

* Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.


* Objektif

* Melahirkan masyarakat yang berilmu budaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadi kawasan luar Bandar maju, menarik dan menguntungkan.

* Meningkatkan perkembangan sosioemosi, fizikal, intelek dan rohani serta kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada kanak-kanak (berumur 4 hingga 6 tahun) melalui pendidikan prasekolah (tabika).

* Menentukan perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat (peserta, ibubapa dan pimpinan masyarakat).

* Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan menggalakkan perubahan sikap dan pemerhatian kaedah baru di dalam semua program dan aktiviti KEMAS.









No comments:

Post a Comment